Download Borang

 

 

1.                 PENDAHULUAN

 

Selama tujuh [7] tahun program ini berjalan dengan jayanya yang mana tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan lagi semangat kenegaraan [patriotik] dan kekitaan di kalangan belia di dalam kehidupan bermasyarakat di Negara Brunei Darussalam.  Selain itu program ini juga untuk mengekalkan keberkesanan hidup bermasyarakat, beragama dan bernegara serta berpersatuan.  Selain untuk membangunkan keluhuran jasmani dan rohani belia supaya menjadi lebih tabah serta berfikiran luas dan terbuka.  Seterusnya untuk menyemarakkan semangat setiakawan, menggalakkan sikap suka bergotong royong dan saling bantu membantu di antara satu sama lain.

 

Cinta kepada negara seharusnya wujud di kalangan setiap individu di negara ini kerana semangat cintakan negara amat dituntut oleh ugama Islam. Dalam hubungannya dengan belia, perkara ini jelas di gariskan dalam Dasar Belia Negara dan harus diambil perhatian oleh belia itu sendiri.  Umum belia diseru untuk taat kepada Allah, setia kepada raja dan cinta kepada negara.  Belia juga diminta untuk menghargai dan mengamalkan sikap pemedulian dan memberikan khidmat bakti kepada orang lain dalam kehidupan bermasyarakat.

Sehubungan kearah mencapai prinsip dan nilai-nilai yang tersebut di atas, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan akan meneruskan bagi mengendalikan Program Belia Cinta Tanah Air setiap tahun dengan harapan lebih ramai belia khususnya dan masyarakat umumnya tampil dalam memberikan kerjasama sama ada melalui penglibatan sebagai peserta mahupun penglibatan sebagai ahlijawatankuasa sukarela agar program ini mampu melahirkan para belia dan masyarakat yang benar-benar mencintai negara ini dengan penuh rasa kasih dan sayang.

 

2.                  TUJUAN

2.1.            Untuk meningkatkan lagi semangat kenegaraan dan kekitaan dikalangan Belia dan masyarakat.

2.2.            Untuk meningkatkan nilai-nilai hidup bermasyarakat, beragama, bernegara serta berpersatuan.

2.3.            Untuk membangunkan   kecergasan  jasmani  dan   kemantapan rohani  belia-belia  supaya menjadi tabah serta berfikiran luas dan terbuka.

2.4.            Untuk menyemarakkan   semangat  setiakawan,  bergotong-royong   dan saling bantu diantara satu sama lain.

2.5.            Untuk mengeratkan persaudaraan antara belia dengan masyarakat sekeliling.

2.6.            Untuk melibatkan masyarakat  tempatan dan  perseorangan supaya sama-sama memahami dengan baik dan menangani hal ehwal belia.          

 

4.        TARIKH

Program Belia Cinta Tanah Air ini akan  dijalankan bermula pada 12 Februari hingga 23 Februari 2012 yang disempenakan dengan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

Ianya akan dijalankan dalam dua fasa :-

Fasa 1              “Iltizam Belia dengan Orang Ramai”

Fasa 2              “Menyertai Perbarisan Lalu Sambutan Hari Kebangsaan”

 

4.        SASARAN PESERTA

4.1.            Fasa 1 “Iltizam Belia dengan Orang Ramai”

4.1.1.      50 Orang belia yang berumur di antara 16 hingga 25 tahun yang  mana 1/3  daripadanya adalah terdiri daripada peserta perempuan.

4.1.2.      40 orang Peserta sokongan di panggil “Local Youth” iaitu belia kampong berkenaan dimana tempat pengagihan Bendera Brunei Darussalam ke rumah-rumah penduduk di setiap daerah.

4.1.3.      40 orang belia dari keempat daerah. ( Perarakan Bandera )

4.2.            Fasa 2 “Menyertai Perbarisan Lalu Sambutan Hari Kebangsaan” 

4.2.1.      Pengarah Belia dan Sukan dicadangkan selaku ketua pasukan beserta 20 orang Pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan.

4.2.2.      5 orang wakil dari setiap cawangan Jabatan Belia dan Sukan di keempat-empat daerah.

4.2.3.      5 orang Ahli Jawatankuasa Pembantu terdiri daripada Ahli Sukarelawan Belia dan  Ahli Bulan Sabit Merah dari setiap daerah.

4.2.4.      200 orang belia dari keempat-empat daerah (Peserta Fasa I)

4.2.5.      40 orang belia dari keempat-empat daerah (Peserta Perarakan Bendera)

 

5.      PELAKSANAAN

5.1.            Fasa 1 “Iltizam Belia dengan Orang Ramai”

Perlaksanaannya akan dijalankan di keempat-empat daerah bermula semasa Majlis Upacara Menaikkan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam di setiap daerah.

5.1.1.      Peserta akan menyertai Upacara Menaikkan Bendera Negara Brunei Darussalam”  di daerah masing-masing

5.1.2.      Selesai Upacara Menaikkan Bendera, peserta ini akan berarak  dengan membawa Bendera Negara Brunei Darussalam”  dan “Logo Hari Kebangsaan pada tahun tersebut” mengelilingi Bandar atau Pekan di daerah masing-masing.

5.1.3.      Selesai perarakkan peserta akan mengagih-agihkan Bendera Negara Brunei Darussalam“ kepada rumah-rumah penduduk  yang telah telah pun dikenal pasti.

5.1.4.      Selesai mengagih-agihkan bendera kepada rumah-rumah penduduk, peserta akan menjalankan aktiviti kemasyarakatan.

5.2.            Fasa 1 “AKTIVITI TAMBAHAN”

5.1.1.      Peserta akan membuat ekspedisi di empat-empat daerah dalam masa  3 hari.

5.1.1.1.            Berkayak dari Daerah Temburong ke Pulau Baru-Baru dan di teruskan dengan berkayuh menggunakan perahu lumba dari Pulau Baru-Baru ke Kompleks Sukan Air Serasa, Muara .

5.1.1.2.            Menaiki Pacuan Empat Roda dari Kompleks Sukan Air Serasa, Muara ke Daerah Belait.

5.1.1.3.            Menaiki Vespa dan Motosikal dari Daerah Belait ke Daerah Tutong

5.1.1.4.            Menaiki Motosikal, Pacuan Empat Roda dan Berbasikal dari Jerudong Park ke Taman Omar Ali Saifuddin, Bandar Seri Begawan.

5.1.2.      Sepanjang ekspedisi berjalan peserta ini akan mengibarkan  Bendera Negara Brunei Darussalam.

5.3.            Fasa 2 “Menyertai Perbarisan Lalu Sambutan Hari Kebangsaan”

 

Pelaksanaannya akan dijalankan apabila bermulanya latihan Sambutan Hari Kebangsaan

5.3.1.      Ikut serta dalam latihan perbarisan lalu sempena Sambutan Hari Kebangsaan.

5.3.2.      Ikut serta dalam sembahyang berjemaah Fardhu Maghrib dan Isyak serta bacaan doa kesyukuran di daerah masing-masing pada malam 22 Februari.

5.3.3.      Ikut serta dalam perbarisan lalu pada 23 Februari.

 

6.        PENTADBIRAN

6.1.            Ahli Jawatankuasa Tertinggi

6.2.            Ahli Jawatankuasa Kerja Peringkat Kebangsaan

6.3.            Ahli Jawatankuasa Kerja Peringkat Daerah

 

7.         ORGANISASI-ORGANISASI BANTUAN / SOKONGAN

7.1.            Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

7.2.            Kementerian Pendidikan

7.3.            Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

7.4.            Pasukan Polis Diraja Brunei

7.5.            Jabatan Radio Televisyen Brunei

7.6.            Jabatan Penerangan

7.7.            Pejabat Daerah Brunei dan Muara

7.8.            Pejabat Daerah Belait

7.9.            Pejabat Daerah Tutong

7.10.        Pejabat Daerah Temburong

7.11.        Persatuan Bulan Sabit Merah Daerah

7.12.        Badan Sukarelawan Belia Kebangsaan Daerah

7.13.        Persatuan C.A.R.E

 

8.                  SIJIL PENYERTAAN / PENGHARGAAN

               Semua peserta, Ahli Jawatankuasa Pelaksana dan Ahli Jawatankuasa Pembantu akan diberikan sijil penyertaan / penghargaan.

9.                  PENYERTAAN DALAM PERBARISAN LALU SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN.

            Mengambil kira akan pendedahan dalam penglibatan peserta dan Ahli Jawatankuasa Pembantu dalam Program Belia Cinta Tanah Air ini dalam kerja-kerja gotong-royong, maka adalah lebih bermakna jika mereka dimasukkan ke dalam salah satu Pasukan Perbarisan Lalu Sambutan Hari Kebangsaan buat kali yang ke 28 tahun.  Dijangkakan seramai 280 orang belia termasuk pegawai dan kakitangan dari Jabatan Belia dan Sukan akan turut diberikan penghormatan bagi sama-sama menyertai dalam pasukan perbarisan lalu tersebut.

 

10.              FAEDAH YANG AKAN DIPEROLEHI

Melalui perlaksanaan Program Belia Cinta Tanah Air ini nanti diharapkan akan mendatangkan faedah bukan sahaja kepada belia-belia dan jawatankuasa yang terlibat secara langsung dalam program ini tetapi jua akan memberikan kesan positif kepada masyarakat di negara ini khususnya dalam memeduli dan mengelingnga belia dengan penyediaan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti yang terkandung di dalam tujuan program ini.  Unutk jangka masa yang panjang, pelaksanaan program yang berterusan akan dapat meningkatkan semangat patriotik dan cinta kepada negara di kalangan rakyat dan penduduk negara ini, khususnya para belia.